Kerajaan Singapura kini mengumumkan akan peruntuk lebih SGD$1 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang, dalam terus menambah-baik kebolehan dan sokongan untuk arena kecerdasan buatan. Ini secara tidak langsung akan terus memposisikan mereka sebagai hab inovasi dan perniagaan selari peredaran zaman.
Seperti ramai sedia maklum, arena kecerdasan buatan menerima fokus ramai pihak sejak setahun kebelakangan ini, malah pelbagai pelabur dan firma pelaburan melihat ke arena berkenaan. Pelbagai penganalisa juga turut menyasarkan kecerdasan buatan akan menjadi salah satu industri besar dalam beberapa tahun akan datang.
Pada masa yang sama, sebagai sebahagian daripada pelaburan juga, Singapura menyasarkan untuk mendapatkan akses kepada pembangunan cip pemprosesan terkini – yang turut memainkan peranan penting dalam arena kecerdasan buatan.
Selain Singapura, Malaysia sendiri turut melihat kepada arena sama, termasuk telah mengumumkan pembentukkan Fakulti Kecerdasan Buatan dalam usaha membangunkan bakat tempatan.