Artikel

Khazanah Nasional Melakukan Pelaburan Strategik Pada Funding Societies

Khazanah Nasional Berhad bersama-sama dengan CGC Digital kini melakukan pelaburan strategik pada salah satu platform kewangan digital yang memfokuskan PKS, iaitu Funding Societies.

Funding Socieites telah dilancarkan pada 2015, ia membantu pelbagai syarikat perusahaan kecil dan sederhana dalam mendapatkan bantuan kewangan serta pembiayaan dan menghubungkan perniagaan kepada rangkaian para pelabur.

Sejak ditubuhkan, Funding Societies telah salurlan lebih RM16 bilion dalam bentuk pembiayaan kepada lebih 100,000 perniagaan sekitar Asia Tenggara.

Khazanah menyatakan mereka melabur pada Funding Societies, selari dengan komitmen Khazanah untuk mengalakkan keterangkuman kewangan. Pada masa yang sama, ini juga akan membantu dalam mengurangkan jurang pembiayaan melibatkan PKS. Khazanah melabur pada Funding Societies ini melalui Dana Impak mereka.