Artikel

Kerajaan Beri Rebat RM5 Untuk Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM)

Bermula 1 Februari 2024 ini, orang ramai boleh melakukan pembaharuan lesen memandu terus melalui aplikasi MyJPJ, dan menerima lesen memandu digital melalui aplikasi berkenaan. Selari dengannya juga, kerajaan mengumumkan akan memberikan rebat sebanyak RM5 bermula 1 Februari sehingga 31 Disember 2024 – bagi mereka yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) ketika melakukan pembaharuan.

Rebat ini akan terpakai untuk mereka yang memilih lesen memandu digital ketika pembaharuan melalui kaunter JPJ, aplikas MyJPJ, Pejabat Pos Malaysia, dan portal MySIKAP.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan mengalakkan lagi peralihan ke arah digital. Selain sokongan pembaharuan terus melalui aplikasi MyJPJ dijangka memudahkan lagi proses berkenaan.