Walaupun pertumbuhan perbelanjaan iklan di Malaysia papar peningkatan lebih 8% namun perlu disedari, media tempatan kekal berdepan kerugian sejumlah RM2 bilion hasil pengiklanan setahun daripada jumlah RM4.5 bilion kepada pemain media sosial global iaitu Meta, Google dan TikTok.
Situasi ini secara jelas memberi cabaran besar kepada organisasi media di negara. Perkongsian data mengikut Kementerian Komunikasi ini wajar diberi perhatian, demi kelangsungan organisasi media tempatan.
Isu ini menurut kementerian akan diteliti dan perbincangan akan dilaksana bersama pemain industri. Sepertimana yang pernah dicapai bersama penyedia telekomunikasi dalam isu pelaksanaan 5G. Aturan itu berpotensi membantu syarikat media mengukuhkan semula pulangan mereka pada segmen pengiklanan.
Buat pengetahuan umum, pertumbuhan perbelanjaan iklan di Malaysia terus meningkat dengan lonjakan pada segmen iklan televisyen, digital serta surat khabar. Setakat ini diperhatikan saluran televisyen kekal kukuh apabila terus menguasai pasaran iklan di negara dengan peratusan penonton mencapai 86%.