Artikel

Gaji Pekerja Wanita Di Malaysia 33% Lebih Rendah, Berbanding Lelaki – DOSM

Meskipun separuh daripada wanita di Malaysia memiliki pendidikan tinggi berbanding hanya satu pertiga lelaki pula miliki kelebihan itu – namun gaji yang diterima pekerja wanita kekal lebih rendah.

Perkara ini diterjemahkan pada indeks Peluang dan Penyertaan Ekonomi DOSM apabila memperlihatkan penyertaan wanita dalam segmen ekonomi kekal rendah iaitu mencapai 55.8% pada 2022. Tahukah anda berdasarkan nisbah gaji, bagi setiap RM100 gaji pekerja lelaki, wanita hanya menerima RM66.67 – ini menjadikan pekerja wanita menerima gaji 33% lebih rendah berbanding lelaki.

Malah kadar penyertaan ekonomi itu, jelas menunjukkan wanita di Malaysia lebih ketinggalan dalam pasaran pekerjaan berbanding negara serantau yang lain seperti Vietnam (75.25%) dan Singapura (73.2%).

Apatah lagi penyertaan wanita dalam segmen politik, yang mencatatkan skor terendah 10.2% dalam aturan pewakilan wanita dalam bidang politik negara. Buat pengetahuan umum, setakat 2022 sahaja hanya 17.9% wanita sahaja menggagotai barisan pimpinan sistem politik Malaysia sementara lelaki pula 82.1%. Peratusan ini kekal rendah sepertimana tahun sebelumnya.