Sejumlah 160,000 kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) yang telah tertunggak sejak Oktober lalu kini sedang lalui proses cetakan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dimaklumkan akan diedar secara berperingkat setelah proses sedemikian selesai.
Situasi tunggakan ini menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) berlaku adalah disebabkan kesan isu bekalan mikrocip yang didepani negara. Malah KDN turut menjamin, permasalahan tersebut tidak akan berulang pada 2024, berikutan sejumlah 3 juta kad pengenalan diri akan diraih untuk menampung permintaan semasa.
Data perkongsian pada sesi Dewan Negara itu memperincikan, setakat ini sejumlah 140,000 MyKid tertunggak telah berjaya diselesaikan untuk 2021 dan 2022, sementara baki 15,000 MyKid pula masih belum dicetak – dijangka dapat diselesaikan pada akhir bulan ini.