Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini mengesahkan sistem, pangkalan maklumat dan laman rasminya telah diceroboh, digodam sejak Sabtu (3 Disember) lalu.
Bagaimanapun situasi itu dikawal dengan PERKESO mengaktifkan pelan pengurusan krisis pada hari yang sama. Di mana unit teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) mereka telah digerakkan untuk tujuan pemulihan sistem.
Berdasarkan tinjauan, serangan siber tersebut bertujuan melumpuhkan seluruh infra PERKESO yang digunakan pada operasi seharian – namun kawalan sistem dapat dilaksanakan semula hasil usaha unit ICT.
Mengulas lanjut, PERKESO memberi jaminan segala kebocoran data yang dipaparkan pada dark web berkaitan adalah diragui, tidak lengkap serta merupakan data luput. Di mana satu kluster data yang dicuri berkenaan dimaklumkan tidak pernah dicerap PERKESO sejak agensi tersebut ditubuhkan pada Oktober 1971.
Buat pengetahuan umum, ini bukanlah kali pertama serangan siber didepani PERKESO. Sebelum ini dimaklumkan PERKESO pernah berdepan isu pencerobohan yang sama pada September 2023 lalu dan ia berjaya dibendung.