Artikel

Untung Industri Syarikat Penerbangan Disasar Melonjak – Capai $25.7 Bilion Pada 2024

Seiring dengan pemerkasaan perjalanan antarabangsa, industri syarikat penerbangan global kini disasarkan meraih lonjakan keuntungan sekitar $25.7 bilion pada 2024 kelak.

Menurut IATA, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa persekitaran ini didorong hasil jangkaan seramai 4.7 bilion individu disasar laksana perjalanan pada tahun 2024. Angka itu sekaligus menjadii jangkaan tertinggi lebihi paras sebelum pandemik pada 2019 dengan 4.5 bilion individu laksana perjalanan menerusi penerbangan. 

Hasil penumpang tersebut turut disasarkan lebih sebanyak 1.8% berbanding tahun 2023. Selain permintaan penumpang yang memulih, perluasan faktor muatan turut menjadi pencetus kepada permintaan yang lebih besar dapat dipenuhi. Diikuti kapasiti karho juga meningkat dengan sasaran 61 juta tan pada 2024. 

Bagaimanapun pihak IATA akui, faktor keselamatan penerbangan harus kekal ditambah-baik secara berkala bagi menghindari berlakunya kerugian besar sebagaimana yang didepani dunia kesan krisis dalam beberapa tempoh kebelakangan ini.