Artikel

Pelancong Luar Negara Wajib Isi Kad Ketibaan Digital, Memasuki Malaysia

Bermula 1 Disember lalu, mana-mana pelancong luar negara yang memasuki Malaysia kini dikehendaki mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) secara atas talian di portal Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di mana ia perlu dikemukakan dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki negara. 

Kriteria ini bagaimanapun hanya tertakluk kepada pelancong luar negara, kecuali penduduk tetap Malaysia dan pemegang pas Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (MACS), diikuti pelancong yang laksana proses pertukaran penerbangan (transit) melalui Singapura – difahamkan tidak perlu laksana pengisian borang digital tersebut. 

Menerusi MDAC, para pelancong perlu mengemukakan maklumat peribadi, meliputi nama, kewarganegaraan, butiran pasport, tarikh ketibaan dan tarikh pelepasan. 

Namun memahami pelaksanaan ini masih diperingkat awal, Jabatan Imigresen Malaysia memberi kelonggaran kepada pelancong yang telah tiba di Malaysia untuk mengisi MDAC sehingga 31 Disember kelak

Melalui keperluan MDAC ia disasar berupaya membantu pihak berkuasa mengetahui keberadaan pelancong di Malaysia dan memperkasakan arena pelancongan seiring dengan persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak.