Artikel

PM Anwar : Identiti Digital Nasional Bantu Malaysia Perkasa Agihan Subsidi Bersasar

Bagi memacu usaha pendigitalan, hari ini negara menyaksikan aturan simbolik Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendaftar Identiti Digital Nasional di Bangunan Perdana Putra pagi ini. Aturan itu sekaligus memberi jaminan kepada semua pihak akan ketersediaan Malaysia dalam merealisasikan akses Digital ID.

Menerusi pelaksanaan tersebut, ia akan menjadi permulaan buat rakyat Malaysia untuk meraih lebih banyak kemudahan bantuan terutamanya melibatkan pengagihan dana serta subsidi bersasar secara terus.

Buat pengetahuan umum, penerapan IDN tidak akan menggantikan sistem MyKad namun ia adalah bentuk pengenalan dan pengesahan diri penduduk secara digital. Akses ini khususnya akan memberi manfaat berganda buat sektor awam dan swasta dalam transaksi atas talian.

Lebih menarik pendaftaran MyDigital ID ini dijelaskan tidak akan mengambil data biometrik seperti gambar, iris mata serta cap jari. Maka secara langsung pelaksanaannya lebih mudah buat semua pihak dan dijamin dengan sokongan keselamatan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).