Pos Malaysia sedia memberikan nafas baharu kepada cawangan mereka, dengan mula menambah akses kepada kedai serbaneka dinamakan Pos Shop. Terbaru, hari ini Pos Malaysia turut membuka cawangan baharu Pos Shop di Brickfields, Kuala Lumpur – dan menariknya kali ini Pos Malaysia turut memperkenalkan Pos Kafe.
Pos Kafe menawarkan sejumlah pilihan makanan sedia dimakan (RTE), selain pilihan minuman melaluinya – membolehkan pengguna menikmati ia di kedai, atau bungkus dan bawanya bersama dalam perjalanan.
Ini juga selari dengan perancangan Pos Malaysia untuk menjadi destinasi setempat dalam melakukan pelbagai perkara – daripada menyelesaikan urusan logistik, urusan melibatkan pembayaran bil, membeli barangan runcit di kedai serbaneka dan kini adalah untuk mendapatkan makanan dan minuman melalui Pos Kafe.
