Artikel

Mulai 26 Nov – Semua Transaksi Maybank2U Biz Perlu Disahkan Guna Secure2u

Dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan perbankan para pengguna, Maybank memaklumkan mulai 26 November 2023 ini  – pengesahan Secure2u akan dilaksanakan untuk tindakan meluluskan semua transaksi pada aplikasi Maybank2u Biz. 

Ini bermakna sebarang pelaksanaan transaksi di M2U Biz memerlukan pengesahan lulus menerusi Secure2u. 

Maka diharap setiap pengguna M2U Biz peka akan pelaksanaan tersebut untuk mengelakkan daripada kesan ancaman keselamatan siber, susulan itu pengaktifan Secure2u wajar dilaksanakan sebelum 26 November ini.

Untuk langkah itu pengguna boleh laksana pengaktifan Secure2u pada aplikasi M2U Biz dengan mengetik pada ikon tetapan dii bahagian kiri aplikasi > keselamatan > klik pada Secure2u. Dan sekiranya pengaktifan Secure2u pada applikasi M2u Biz ini dilaksanakan selepasa 26 November kelak, maka pengguna perlu menunggu tempoh pengaktifan minimum 12 jam.

Melalui pengaktifan tersebut ini akan meningkatkan lagi tahap perlindungan transaksi peniagaan anda dan memberi jaminan keselamatan yang menyeluruh kepada pengguna.