Artikel

KL Sasar 60% Penggunaan Pelbagai Mod Pengangkutan Awam Dicapai, Menjelang 2030

Senada dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) yang telah diwartakan pada pertengahan Oktober lalu, penggunaan pelbagai mod pengangkutan awam di ibu kota negara dijangka dapat dipertingkatkan kepada 60% menjelang 2030 dan 70% menjelang 2040 kelak.

Usaha ini secara terus akan membantu Malaysia mengurangkan kebergantungan pada penggunaan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam serta kenderaan mikromobiliti. Malah ia turut membantu melestasrikan persekitaran bandar negara, disamping menaik-taraf imej sosio-ekonomi Malaysia.

Mengikut penjelasan lanjut berlandaskan draf PSKL2040 – liputan 400 meter dari stesen rel akan meningkat daripada 18% kepada 35% daripada keluasan KL pada 2040, manakala liputan 400 meter dari laluan pengangkutan awam pula disasarkan meningkat daripada 32% kepada 70% daripada keluasan KL pada 2040.

Aturan ini termasuklah memberi keutamaan meningkatkan liputan khidmat seperti Transit Aliran Bas (BRT), serta laluan baharu. Selain itu, sokongan akses khidmat pengangkutan awam juga turut akan ditambah-baik seperti kemudahan laluan pejalan kaki dan sistem transit. Sokongan ini akan didasari berasaskan Pelan IndukĀ  Pejalan Kaki dan Berbasikal KL 2019-2028 di bawah DBKL.

Pada penelitian itu, KL turut menyasarkan berlakunya peningkatan sehingga 60% pejalan kaki ddan berbasikal menjelang 2040 kelak. Setelah pembangunan ini diraih dijangka pengenalan skim Road User Charging (RUC) bakal dilaksanakan – iaitu mengehadkan kemasukan kenderaan persendirian ke pusat bandar KL menerusi beberapa pendekatan. Di maklumkan langkah ini akan diintegrasikan bersama sistem dan aplikasi pengumpulan data awam negara seperti MySejahtera dan beberapa medium lain.