Setelah memperuntukan sejumlah RM2.45 bilion pada tahun 2023, Selangor kini menggandakan lagi usaha pembangunan negeri dengan mengumumkan peruntukan lebih tinggi berjumlah RM2.53 bilion pada Belanjawan Negeri Selangor 2024.
Angka peruntukan Selangor ini secara jelas terus meningkat dari tahun ke tahun. Di mana pengagihannya melibatkan RM1.3 bilion (52.6%) untuk Perbelanjaan Mengurus, diikuti RM1.2 bilion (47.4%) pada Perbelanjaan Pembangunan.
Melalui aturan itu, ini sekaligus akan membantu negeri terus menerajui sumbangan ekonomi buat Malaysia mencapai pertumbuhan KDNK melebihi 4% dan menyokong negara mengharungi konflik semasa yang dilihat terus beri tekanan kepada keseimbangan ekonomi.