Menyedari terdapat pelbagai kekeliruan berhubung pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal diaktifkan tidak lama lagi – Kementerian Pertahanan kini menjelaskan para pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran permulaan yang akan ditetapkan kelak.
Di mana sekirannya PLKN dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut.
Namun sekiranya pelatih yang dipilih tidak menyertai latihan tersebut maka kelonggaran akan diberikan tertakluk kepada sebab pengecualian. Malah para pelatih tersebut turut dibenarkan laksana penangguhan dengan had maksimum untuk menjadi pelatih sehingga usia 35 tahun.
Menerusi penjelasan ini pihak kementerian mengharapkan tiada lagi kekeliruan yang timbul pada perhatian orang awam untuk pelaksanaan PLKN Siri 3.
