Artikel

Nokia Bakal Berhentikan 14,000 Pekerja – Menjelang 2026

Ketidaktentuan pasaran semasa, secara terus memberi tekanan kepada operasi untuk kekalkan kapasiti mereka pada jumlah yang sama. Situasi itu antara lain turut menghimpit Nokia – firma telekomunikasi gergasi milik Finland. Di mana menjelang 2026, seramai 14,000 pekerja bakal dibuang. 

Tindakan itu mengikut Reuters sekaligus akan membantu kumpulan mengurangkan perbelanjaan petugas dan operasi antara 10% sehingga 15%. Meliputi dengan merendahkan kos asas kumpulan antara 800 juta euro sehingga 1.2 bilion euro menjelang akhir 2026. 

Setelah sesi pemberhentian dilakukan, ini akan memperlihatkan kapasiti Nokia berkurangan kepada 72,000 sehingga 77,000 petugas berbanding jumlah asal 86,000 petugas yang dimiliki Nokia pada masa ini. 

Secara menyeluruh, prestasi kewangan Nokia berdepan penurunan dengan keuntungan jatuh 69% kepada 133 juta euro diikuti nilai jualan secara tahunan pulan merundum 20%.