Setelah melaksanakan sekatan mengeksport beras putih bukan basmati sejak Julai lalu – India akan mula membenarkan tindakan tersebut dijalankan semula ke atas beberapa buah negara. Ini termasuklah Malaysia, Filipina, Nepal, Cameroon, Seychelles, Ivory Coast dan Republik Guinea.
Aturan ini difahamkan akan melibatkan penawaran eksport beras lebih 1 juta tan metrik bersama negara berkenaan. Selain 7 negara ini, pada Ogos lalu – India turut telah membenarkan aliran eksport ke 3 negara lain seperti Bhutan, Mauritius dan Singapura.
Buat pengetahuan kesan sekatan tersebut, telah menyebabkan berlakunya kenaikan mendadak pada pasaran semasa harga beras di peringkat global. Selain tindakan itu, India turut mengenakan duti 20% beras rebus serta duti 40% ke atas eksport bawang.
Situasi tersebut turut meningkatkan lagi pelarasan harga barangan di pasaran global.
Bagaimanapun, menerusi langkah menarik semula sekatan eksport ini, dilihat ia akan membantu sebahagian negara melandaikan kos perolehan beras dan atasi isu krisis makanan dalam pembekalan di pasaran domestik mereka.