Artikel

Kerajaan Kini Pertimbang Beri Subsidi Secara Pindahan Tunai

Bagi mengelakkan berlakunya ketirisan, atau manfaat subsidi diraih oleh warga asing – pentadbiran negara kini dalam pertimbangan untuk perhalusi usul memberi subsidi secara pindahan tunai. 

Jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan (MOF) pada perkongsian makluman tersebut di sidang Parlimen hari ini – memperincikan usul itu bagaimanapun hanya boleh dilaksana dalam agihan subsidi tertentu sahaja, bukanlah secara menyeluruh. 

Meskipun tidak memperincikan lanjut akan pertimbangan tersebut, PM Anwar memaklumkan terdapat kemungkinan pengumuman akan dilaksana berkaitan pendekatan tersebut. 

Antara pengagihan subsidi yang tidak memerlukan pendekatan tersebut adalah seperti dalam pelarasan harga ayam dan telur – yang kelak akan diapungkan dan menghindari manfaat subsidi tersebut diraih oleh 3.5 juta warga asing bersama golongan maha kaya di dalam negara.