Artikel

Belanjawan 2024 : Sektor Pendidikan Terima Peruntukan RM58.7 Bilion – Raih Dana Tertinggi 

Sektor pendidikan terus menjadi komponen utama buat Malaysia dalam pengagihan dana negara apabila menerima peruntukan tertinggi, berjumlah RM58.7 bilion.

Menurut PM Anwar aturan ini merangkumi usaha negara untuk tambah-baik pembangunan infrastruktur persekolahan dengan pecahan sekitar RM1.9 bilion tersedia bagi menaiktaraf fasiliti sekolah berkaitan.

Tidak hanya itu, kriteria bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (PKP) buat pelajar kalangan pendapatan rendah juga turut akan diperluaskan. Ia dimaklumkan akan didasari berasakan kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang telah naik kepada RM2,589.

Menerusi perluasan itu, dijangka sekitar 35,000 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan lagi akan meraih manfaat tersebut. Ini secara langsung akan membantu negara meningkatkan lagi kualiti pendidikan dalam kalangan mereka yang tidak berkemampuan.