Setelah berteka-teki akan pengenalan akaun baharu di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pada bajet kali ini PM Anwar memaklumkan KWSP akan perkenal Akaun Fleksibel, sebagai akaun baharu yang membolehkan pencarum mengakses pada bila-bila masa.
Langkah itu akan dilaksanakan di bawah tindakan penstrukturan semula akaun para pencarum KWSP – bagi tujuan memperkasakan simpanan persaraan mereka. Mengikut perincian awal, pengenalan akaun ini bakal tertumpu kepada pencarum yang lahir pada 2010 dan ke atas serta difahamkan bakal membolehkan pencarum meraih akses pengeluaran dana secara fleksibel.
Setakat ini tiada penjelasan lanjut berhubung tindakan itu, kemas-kini maklumat tersebut hanya diketahui dalam masa terdekat bersama pihak KWSP.