Bagi memastikan syarikat yang menjana hasil keuntungan tinggi terus melunaskan tanggungjawab percukaian mereka bersama pembangunan negara – kerajaan memaklumkan Cukai Minimum Global akan dilaksanakan mulai tahun 2025 kelak.
Pengenaan cukai ini diperjelaskan hanya akan terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya berjumlah 750 juta euro.
Menerusi aturan itu, ia adalah tindak-balas negara untuk dalam usaha memantau perkembangan cukai minimum global di peringkat antarabangsa.