Susulan tindakan MYAirline menangguhkan operasi perkhidmatan mereka mulai jam 6 pagi pada hari ini (12 Oktober) didapati nilai kerugiaan hasil tindakan tersebut membawa kepada jumlah kerugian lebih RM20 juta.
Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) pada penjelasan lanjut di sidang Parlimen hari ini, seramai 125,000 penumpang yang telah laksana tempahan awal sehingga Mac 2024 diimaklumkan menjadi antara kumpulan yang terjejas.
Situasi ini menurut MOT turut memberi kesan kepada pihak mereka bersama MAVCOM, kerana tindakan penangguhan itu hanya diketahui pada lewat malam 11 Oktober sahaja. Notis pemberitahuan hanya diraih setelah pihak mereka menghubungi wakil MYAirline.
Berikutan isu itu, MYAirline telah beri jaminan kepada pihak MAVCOM bahawa pihaknya akan laksana pembayaran semula kepada pengguna terjejas. Maka bagi memastikan aturan itu dilaksanakan, MOT telah mengarahkan MAVCOM untuk membentuk sebuah jawatankuasa memantau langkah itu demi kebajikan pengguna.