Artikel

Ejen2U Peroleh Suntikan Dana Pelaburan RM7 Juta – Sasar Rancakkan Arena Pengurusan Ejen

Ejen2u, platform yang dibentuk sejak 2019 dengan penawaran akses pengurusan kumpulan ejen pada pasaran perniagaan Malaysia kini meluaskan lagi jejak perkhidmatan mereka – apabila meraih suntikan dana pelaburan berjumlah RM7 juta oleh beberapa kumpula firma pelaburan. 

Penyertaan pelaburan ini secara langsung turut memperlihatkan suntikan dana dari Gobi Partners dan Artem Ventures. 

Melalui perolehan sedemikian, ia sekaligus akan membantu mrealisasikan matlamat Ejen2U untuk meneroka pasaran antarabangsa yang ketika ini disasarkan diperluas pada pasaran Indonesia. Setakat ini Ejen2u telah menyokong lebih 340,000 ejen bersama 500 syarikat dan 102,016 produk telah berdaftar  di bawah pengendalian platformnya. 

Adanya pemacuan tersebut, prestasi ini juga akan terus membantu Ejen2u mencapai sasaran mereka di pasaran tempatan dengan mewujudkan 1 rumah memiliki 1 perniagaan di masa hadapan kelak.