Seiring dengan matlamat untuk tampil selaku peneraju kandungan digital di pasaran Asia Tenggara, Catcha Digital kini perluaskan jejak mereka dengan meraih kepentingan 49% ekuiti Ittify Sdn Bhd, 30% kepentingan Headline Media melalui iMedia Asia – pada nilai RM4.66 juta.
Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia ini, pemerolehan tersebut secara langsung akan memperlihatkan penyertaan Catcha bersama Headline Media yang turut memiliki WeirdKaya, LokLokWords dan EzLokal.
Penambahan Headline Media di bawah Catcha ini sekaligus akan mengukuhkan rangkaian bahasa Inggeris kumpulan dalam penawaran perkhidmatan kepada pasaran. Selain pengukuhan segmen itu, perolehan Ittify turut memperkasakan lagi perkhidmatan Catcha dalam arena kandungan digital di pasaran semasa.