Artikel

Airbnb : Jumlah Pengguna Domestik Naik, Didapati Berbelanja RM4 Bilion Sepanjang 2022

Perkhidmatan inap desa Airbnb Malaysia telah mendorong hasil yang berganda buat ekonomi negara apabila tinjauan dapati sekitar RM7 bilion penggunanya berbelanja di negara pada tahun 2022. Jumlah ini meliputi pembelian di restoran, peruncitan serta pengangkutan.

Malah aktiviti penginapan sementara ini turut menyumbang lebih RM5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan menyokong hampir 57,000 pekerjaan pada tahun 2022. Di mana dianggarkan satu daripada setiap 38 pekerjaan yang dijana oleh pelancongan di Malaysia dikaitkan dengan Airbnb. 

Data di bawah Oxford Economics ini turut mendedahkan sumbangan tersebut mewakili 4.9%  daripada sumbangan industri pelanncongan negara kepada KDNK pada tahun lalu. 

Melihat pada kerancakkan cara pengguna Airbnb berbelanja di Malaysia – ini diperhatikan dipengaruhi oleh lokasi inap desa itu sendiri. Antara merangkumi kawasan Airbnb di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sabah. Sebagai contoh, untuk di Selangor sahaja didapati perbelanjaan pengguna Airbnb telah meningkat kepada RM1 bilion pada tahun 2022. Angka ini melonjak 85% berbanding rekod sejak 2019. 

Lebih menarik, sumbangan berbelanja pengguna Airbnb di Malaysia ini 58% adalah mewakili perbelanjaan daripada pelancong domestik – yang membawa kepada nilai perbelanjaan di negara sekitar RM4 bilion. Jumlah perbelanjaan pengguna domestik Airbnb di Malaysia ini secara langsung meningkat daripada 35% pada tahun 2019. 

Input ini secara langsung mencerminkan lebih ramai penduduk negara mulai menyokong industri pelancongan negara, termasuklah kawasan ekonomi inap desa. 

Berdasarkan pertumbuhan ekosistem ini, ia memberi gambaran industri pelancongan Malaysia miliki potensi yang besar dalam menambah-baik infrastruktur penginapan di negara. Adanya kebersamaan dalam membangunkan ekonomi setempat, ini akan membantu semua pemain pelancong negara meraih pulangan yang tinggi dan merancakkan lagi aliran perbelanjaan kalangan pengguna pada arena perkhidmatan.