Bagi menggalakkan perkembangan unit kenderaan elektrik (EV) di Malaysia terus dirasai pada setiap peringkat masyarakat – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kini mengusulkan pemberian insentif pembelian motosikal EV dilaksanakan pada pembentangan Belanjawan 2024 kelak.
Cadangan tersebut dimaklumkan telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan akan tertumpu khususnya kepada kumpulan B40.
Ketika ini didapati pasaran EV beroda dua di Malaysia masih berada di tahap rendah, iaitu kurang daripada 1%. Maka melalui usaha ini ia berpotensi perkasakan penerapan motosikal EV di Malaysia secara berperingkat.