Seperti yang umum ketahui, usaha negara untuk tingkatkan penebusan kenderaan elektrik (EV) di pasaran telah direalisasikan melalu pengecualian cukai jalan sehigga 31 Disember 2025. Melihat pada langkah itu, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mencadang agar perluasan insentif turut dijalankan tidak hanya ke atas EV sahaja tetapi kepada semua jenis kenderaan elektrik (xEV) menjelang pembentagan Belanjawan 2024 kelak.
Menurut MAA, usul perluasan insentif ini merangkumi kenderaan elektrik hibrid (HEV), kenderaan elektrik hibrid plug-in, kenderaan elektrik sel bahan api dan kenderaan elektrik bateri.
Adanya usaha ini ia akan membantu matlamat negara untuk memiliki 15% daripada jumlah volum industri (TIV) bagi xEV menjelang 2030 dan 38% menjelang 2040.
Antara lain perluasan insentif yang diusul turut merangkumi rebat RM2,500, pengecualian cukai jalan serta pelepasan cukai pendapatan peribadi bagi pembelian xEV dan pemasangan panel solar di kediaman.