Artikel

Rapid Bus : 1 Aplikasi Buat Semua Bas Di Lembah Klang, Bakal Tersedia Akhir 2023

Untuk memastikan kemudahan pekerja dan pengguna di Lembah Klang lebih lancar, teratur – satu aplikasi mudah alih akan diperkenalkan pada akhir 2023 bagi menyelaraskan laluan khidmat bas awam. 

Aturan itu mengikut Rapid Bus akan melibatkan integrasi pengumpulan data bersama tiga operator bas iaitu Rapid Bus, bas percuma GoKL oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bas Smart Selangor oleh kerajaan Selangor.

Langkah ini selari dengan matlamat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk memastikan operasi khidmat awam tidak berlaku pertindihan dan memberi kesan kepada perjalanan pengguna negara. 

Berdasarkan permintaan khidmat bas secara menyeluruh – dianggarkan Lembah Klang memerlukan 4,000 bas untuk pastikan perkhidmatan lebih efisien, setakat ini untuk bas Rapid sahaja didapati terdapat 724 bas sahaja beroperasi. 

Maka melalui usaha integrasi operasi ini, ia berupaya meningkatkan lagi kecekapan dan menggalakkan lebih ramai pengguna manfaatkan akses ini.