Berikutan pelbagai akses perkhidmatan di pasaran tempatan semakin memulih, dijangka faktor itu mendorong kepada peningkatan kemasukan pelancong Indonesia yang disasar 2.68 juta pada tahun ini ke Malaysia.
Angka tersebut secara langsung menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun lalu, yang sekadar mencatatkan jumlah kemasukan sekitar 1.48 juta pelancong Indonesia. Tambahan menurut Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin, perskitaran perdagangan yang positif ini turut didorong hasil pemulihan khidmat penerbangan antara domestik dan antarabangsa di Malaysia.
Ketika ini terdapat 550 penerbangan setiap minggu yang dioperasi oleh penyedia penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia, FireFly, Batik Air dan Transnusa Airlines. Selain itu laluan laut dari Medan, Pekanbaru, Batam dan Nunukan ke Malaysia serta laluan darat dari Pontianak ke Kuching juga telah mengalami pertambahan kekerapan untuk penuhi kemasukan pelancong luar negara.
Melalui pemerkasaann perkhidmatan pada pasaran pelancongan dan sempadan negara, ini akan membantu Malaysia melonjakkan lagi arena pelancongan negara, dengan sasaran mencapai 18 juta kemasukan pelancong asing pada tahun 2023 ini.