Artikel

Subsidi Bersasar Bakal Dilaksana Sepenuhnya – Mulai 2024

Sepertimana yang dinantikan semua pihak, Program Subsidi Bersasar negara dimaklumkan berpotensi dijalankan sepenuhnya mulai tahun 2024 – jangkaan ini dicapai setelah tempoh percubaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilaksanakan pada November ini. 

Ia akan diuji sebelum dibuka kepada orang awam bagi pengesahan kedudukan sosioekonomi mereka pada Januari 2024.

Ketika ini pendekatan subsidi tersebut masih disemak sama ada melibatkan pindahan tunai atau pemberian kad – hanya akan diketahui setelah maklumat sosioekonomi isi rumah di Malaysia lengkap. 

Menurut perkongsian Kementerian Ekonomi pada sidang Kajian Separuh Penggal RMK12 ini, agenda di bawah PADU itu secara terus akan membantu kerajaan untuk melaksanakan agihan bantuan yang lebih saksama tanpa berlakunya sebarang keciciran dalam kalangan penduduk di negara – khususnya buat mereka yang miliki tanggungan tinggi dan pendapatan rendah.