Pentadbiran negara kini dalam usaha melaras semula tahap gaji serta persaraan penjawat awam Malaysia, berdasarkan tindakan tersebut dijangka secara menyeluruh semakan skim gaji ini akan selesai pada tahun 2024.
Matlamat itu menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekaligus akan meningkatkan tahap sara hidup penjawat awam setimpal dengan perubahan kos sara hidup semasa. Namun sebelum mencapai sasaran sedemikian – untuk peringkat awal, sebagai langkah sementara kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2024 kelak akan mengumumkan pelarasan gaji pada kumpulan penjawat awam terpilih terlebih dahulu.
Ini bermakna struktur gaji penjawat awam dijangka berubah seawal Oktober 2023 secara berperingkat.
Melalui usaha itu ia secara terus membantu penjawat awam mengimbangi tekanan perbelanjaan mereka dengan langkah kenaikan sementara ini. Turut difahamkan setelah matlamat ini direalisasikan, ia berpotensi menetapkan penjawat awam alami kenaikan secara berkala bagi setiap 10 tahun.
Berdasarkan kenyataan PM Anwar – antara petugas yang tidak alami kenaikan lebih 10 tahun adalah melibatkan pensyarah, profesor serta penjawat awam.