Artikel

Kerajaan Tambah 20% Bekalan Beras Putih Tempatan – Pelihara Permintaan Pengguna

Bagi memastikan bekalan pasaran Beras Putih Tempatan (BPT) di Malaysia terus terjamin rantaiannya, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini laksana langkah intervensi dengan meningkatkan 20% bekalan BPT demi kesejahteraan pengguna. 

Usaha ini telah dicapai hasil libat urus bersama Pihak Industri Pengilang Padi dan Pemborong Beras Zon Utara – yang bersetuju memberi tambahan 20% kuota padi kepada Kerajaan melalui BERNAS. 

Adanya langkah sokongan ini ia akan membantu pasaran BPT negara kekal terpelihara susulan berlakunya peningkatan harga jualan melibatkan beras putih import yang dilaksanakan pada 1 September lalu. 

Buat pengetahuan umum, sehingga kini harga beras putih tempatan kekal dalam harga kawalan RM2.60/kg sejak tahun 2008 dan ianya merupakan harga terendah di rantau ini.