Artikel

AirAsia X Kembali Raih Untung – Catat RM5.54 Juta Bagi Suku Kedua 2023

AirAsia X Bhd (AAX) kini kembali meraih keuntungan bersih yang lebih positif kepada RM5.54 juta untuk prestasi suku kedua 2023. 

Hasil syarikat penerbangan tersebut juga memperlihatkan lonjakan kepada RM512.91 juta berbanding RM107.18 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. Peningkatan empat kali lebih tinggi untuk rekod perolehan dari tahun ke tahun. Menurut AAX ia didiorng kesan permulihan operasi dengan sekembalinya lebih banyak penerbangan, pesawat dilaksanakan. 

Setakat akhir Jun 2023 menurut makluman kepada Bursa – sejumlah 11 pesawat telah diaktifkan untuk memacu permintaan pasaran negara. 

Adanya kadar pemulihan lebihi 50% ini, ia sekaligus menunjukkan kedudukan kewangan operasi ke arah pemulihan. Ketika ini baki tunai AAX berjumlah RM269 juta dan ekuiti pemegang saham pula meningkat kepada RM96.1 juta. 

Selain peningkatan itu jumlah penumpang AAX turut meningkat 70 kali ganda kepada 621,984 penumpang.

AAX optimis pihaknya memberi tumpuan untuk tangani status PN17 atau Nota Amalan 17 ini dan setakat Julai 2023 lalu operasi telahpun laksana permohonan penepian kepada Bursa Malaysia pada aturan tersebut. 

Berlandaskan prestasi menyeluruh tahun 2023, AAX menjangkakan syarikat penerbangan mencapai penggunaan 16 pesawat operasi dan menyasarkan dapat memaksimumkan permintaan penerbangan seiringan lonjakan pada cuti akhir tahun kelak.