Memahami berlakunya pelarasan harga beras import yang lebih tinggi, pentadbiran melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kini sedang menyelaraskan harga beras Super Spesial Tempatan (SST) bagi menjamin – tiada kenaikan harga di pasaran buat pengguna.
Langkah itu didasari setelah perbincangan dijalankan bersama pengilang beras tempatan pada beberapa hari lalu, antaranya melihatkan pengurusan Pengawalan Padi dan Beras. Setakat ini pembekalan beras SST kekal mencukupi dan tiada aduan menyatakan berlakunya sebarang ketirisan.
Menurut kementerian, semua pengguna perlu mengambil maklum akan situasi pasaran beras ketika ini. Di mana beberapa negara pengeksport beras di dunia telah bertindak mengurangkan kapasiti eksport bahan makanan tersebut. Setelah India, dijangka Vietnam turut sama akan ikuti langkah tersebut.
Situasi ini didorong kesan perubahan cuaca panas yang mengakibatkan berlakukan kekurangan bekalan sekaligus menjejaskan permintaan domestik negara pengeksport. Maka ia turut memberi kesan kepada Malaysia selaku negara pengimport. Ketika ini, Thailand tidak berbuat sebarang makluman, namun negara perlu bersedia akan sebarang kemungkinan.