Menyedari kumpulan petani berdepan pelbagai isu pengeluaran, antara melibatkan permasalahan tikus perosak pada kawasan sawah – Universiti Sains Malaysia (USM) kini tampil dengan inisiatif membangunkan populasi burung hantu untuk mengawal risiko tersebut.
Langkah mewujudkan populasi burung pungguk jelapang ini kini dilaksanakan di kampus USM Kelantan di bawah kerjasama USAINS Barn Owl Research Center@USM, selaku pelan rintis pertama untuk kaedah kawalan biologi, tangani aktiviti tikus perosak.
Usaha ini secara langsung turut membantu mengurangkan kebergantungan kumpulan petani pada penggunaan racun dalam sektor pertanian.
Aturan ini menurut Lembaga Gabenor USM, telah mengambilkira kecekapan burung hantu sebagai sumber kawalan tikus di ladang pertanian dan kawasan sub bandar menerusi kajian yang dijalankan, hampir diseluruh negara. Melalui usaha ini ia akan membantu kumpulan petani melandaikan tahap kerugian tanaman mereka susulan hasil di ladang dan sawah padi rosak kesan kegiatan tikus.
Mengikut makluman fasa awal program ini mengfokuskan kepada kawalan tikus perosak di kampus dan kawasan pesawah terletak di sepanjang Sungai Kemasin.