Biarpun keuntungan bersih pada suku kedua tahun ini lebih rendah berbanding data tahun lalu kepada RM327.9 juta – namun perolehan hasil Tenaga Nasional Bhd (TNB) didapati melonjak kepada RM13.32 bilion, susulan peningkatan pada jualan tenaga elektrik operasi.
Mengikut makluman bersama Bursa Malaysia ini, prestasi itu diimbangi dengan perbelanjaan operasi sebanyak RM28.8 bilion – menurun sebanyak 4.4% berbanding kos sebelumnya.
Secara menyeluruh prestasi 6 bulan pertama 2023 TNB menunjukkan berlakunya pengurangan keuntungan bersih kepada RM1.33 bilion daripada RM1.77 bilion pada tempoh yang sama 2022. Sementara hasil separuh pertama ini kekal meningkat kepada RM25.95 bilion.
Namun TNB akui risiko ketidaktentuan ekonomi kekal tersedia mendorong kumpulan untuk laksana langkah berhati-hati pada tahun 2023 ini. Khususnya melibatkan pelarasan harga bahan api dan ketidaktentuan mata wang di pasaran.