Sempena cuti persekolahan pada 26 Ogos ini, Puspakom memaklumkan pihaknya menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara Percuma kepada para pengguna sehingga 1 September 2023 ini.
Inisiatif di bawah kempen Free VVI ini ditawarkan kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan persendirian terutama buat kumpulan yang merancang perjalanan jauh seperti pulang ke kampung halaman atau miliki perancangan perjalanan bercuti.
Maka semua pengguna boleh mendapatkan pemeriksaan percuma ini boleh hadir secara terus tanpa tempahan ke mana-mana cawangan Puspakom seluruh negara kecuali cawangan Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang – dari jam 8 pagi hingga 5 petang untuk tempoh yang telah ditetapkan.
Melalui penawaran pemeriksaan secara berkala ia akan membantu pengguna menyelenggara kenderaan melibatkan aspek keselamatan seperti pemeriksaan bahagian brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan beberapa komponen lain.