Seiring dengan kemeriahan untuk menyambut bulan kemerdekaan pada Ogos ini, RapidKL memaklumkan pihaknya akan melanjutkan operasi perkhidmatan tren pada Malam Ambang Merderka 30 Ogos 2023. Di mana beberapa stesen LRT, MRT dan KL Monorel berkaitan akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi pada 31 Ogos 2023.
Berdasarkan pencerahan itu, ini merangkumi LRT Laluan Kelana Jaya seperti stesen Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC dan Ampang Park. Diikuti KL Monorel stesen Bukit Bintang sahaja, manakala LRT laluan Ampang/Sri Petaling pula melibatkan stesen Masjid Jamek. Sementara MRT Kajang pula stesen Pasar Seni dan Bukit Bintang serta MRT Putrajaya pula meliputi stesen Ampang Park dan Persiaran KLCC.
Lanjutan operasi stesen-stesen sedemikian di maklumkan akan membawa penumpang ke destinasi stesen akhir. Manakala stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti jadual biasa, namun penumpang masih lagi boleh keluar pada stesen ini untuk meneruskan perjalanan anda.
Berdasarkan makluman ini, para penumpang disarankan untuk menggunakan kad TnG dan perlu memastikan baki kad yang tersedia kekal mencukupi bagi memastikan proses perjalanan semua pihak berjalan dengan lancar.
