Artikel

KWSP Raih RM33.19 Bilion Pendapatan Pelaburan, Naik Hampir 40% – Bagi 6 Bulan Pertama 2023

Prestasi dalam tempoh 6 bulan pertama 2023 menunjukkan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion – di mana meningkat 39.74% atau naik sebanyak RM9.44 bilion. 

Berdasarkan jumlah itu, sekitar RM4.79 billion didapati mewakili keuntungan mark to market (MTM) – sementara secara menyeluruh jumlah pendapatan pelaburan ini turut dimaklumkan telah didasari berasaskan nilai kos ke atas ekuiti tersenarai. 

Jumlah melibatkan pelaburan ekuiti diperincikan pada suku kedua 2023 ini menjadi penyumbang utama kepada pendapatan sukuan iaitu sekitar RM9.60 bilion. Manakala bagi jumlah pelaburan pendapatan untuk suku kedua 2023 secara menyeluruh sekitar RM18.03 bilion direkodkan. Ini meningkat RM9.05 bilion berbanding RM8.98 bilion pada suku kedua 2022.

Buat pengetahuan umum, pendapatan pelaburan membawa kepada perolehan yang dijana berpaksikan dividen,pembayaran faedah serta keuntungan modal menerusi perdagangan aset mahupun sekuriti.