Pada jam 9 pagi hari ini, nilai ringgit dibuka lebih rendah kepada 4.6000/6075 berbanding dolar AS daripada 4.5865/5895 penutupan Jumaat lalu.
Situasi nilai mata wang tempatan yang sedikit menyusut ini diperhatikan, didorong hasil sentimen berjaga-jaga susulan pengumuman pertumbuhan negara iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua akan diumumkan Jumaat ini.
Berdasarkan persekitaran ekonomi semasa, penganalisis Bank Mualamat menjangkakan KDNK Malaysia bakal memaparkan peningkatan kecil pertumbuhan kepada 3.6% pada suku kedua, berbanding 5.6% pada suku pertama 2023.
Tidak hanya itu, sentimen pelabur turut akan dipacu berasaskan aliran Pelaburan Aset Tetap negara, diikuti prestasi Jualan Runcit tempatan. Maka sehingga tempoh pengumuman KDNK itu berlaku, ringgit diramal kekal bergerak perlahan dan dagangan ringgit berbanding dolar AS disasar berlegar sekitar RM4.58 hingga RM4.60.