Artikel

Struktur Gaji Penjawat Awam Dijangka Berubah, Seawal Oktober Ini

Selari dengan saranan pentadbiran negara untuk memberi fokus kepada pelarasan sistem gaji kumpulan penjawat awam – dijangka perubahan struktur gaji itu akan dilaksana seawal Oktober ini. 

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli, pada sidang Kajian sistem Saraan Perkhidmatan Awam buat masa ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memperincikan kajian, maklum balas tersebut. Tindakan ini sekaligus memberi gambaran kenaikan gaji kalangan penjawat awam berpotensi direalisasikan. 

Difahamkan kenaikan melibatkan 1.6 juta penjawat awam ini akan diumum ketika pembentangan Belanjawan 2024 kelak dan seterusnya berpotensi alami kenaikan secara berkala bagi setiap 10 tahun.