Artikel

Harga Beras Di Asia Kini Melonjak – Paras Tertinggi Sejak 2008

Sepertimana yang dijangka oleh beberapa negara Asia akan berlakunya kenaikan harga beras – susulan ketika ini berlakunya ketirisan bekalan ruji global akibat tindakan India menyekat aliran eksport beras serta perubahan cuaca di Asia telah menjejaskan kapasiti pengeluaran, ini secara langsung meningkat harga beras di paras tertinggi sejak tahun 2008. 

Kenaikan ketika ini didasari berasaskan peningkatan harga beras yang berlaku oleh pengeskport kedua beras terbesar di dunia iaitu Thailand. Di mana menurut Persatuan Pengeksport Beras Thailand harga beras putih setakat 9 Ogos ini telah naik 5% kepada $648 setiap tan, situasi ini secara langsung mengubah penanda aras pembekalan di Asia. Lonjakan itu telah menambah tekanan inflasi dan meningkatkan lagi pengeluaran import bagi negara pembeli. 

Sebelum ini Thailand telahpun menzahirkan risiko kenaikan harga beras pasaran eksport akan berlaku sehingga 20%. Maka melalui jangkaan itu semua negara perlu laksana langkah berjaga dan bersedia akan sebarang risiko peningkatan yang berpotensi jejaskan pengguna.

Tambahan laporan Bloomberg lagi – kegusaran ini turut menimbulkan jangkaan yang sama berupaya berlaku ke atas pembekalan gula. Situasi itu akan meningkatkan lagi bebanan kos di peringkat pengeluar dan tanggungan harga ke atas pengguna.