Tahun 2023 disasar akan memaparkan peningkatan kemasukan jumlah pelancong luar negara ke Malaysia – dengan jangkaan sekitar 18 juta pelancong asing berupaya dicapai. Angka ini sekaligus melepasi sasaran awal negara iaitu 16.1 juta pelancong.
Menurut data Pelancongan Malaysia ini, peningkatan jumlah itu didorong atas beberapa aspek antaranya kesan peningkatan kekerapan syarikat penerbangan, penambahan pernerbangan terjadual serta pelbagai usaha tarikan pelancongan pada akhir tahun ini – telah berjaya menarik perhatian pengunjung luar negara.
Untuk suku pertama 2023 sahaja, sejumlah 4.5 juta pelancong antarabangsa telah berjaya dicatatkan negara. Menerusi pemulihan itu, tidak lama lagi dijangka pengumuman insentif melibatkan pengendali penerbangan akan dilaksanakan. Melalui aturan itu, dijangka ia akan memacu lagi pertumbuhan sektor pelancongan Malaysia secara berperingkat.