Bagi memastikan pekerja Malaysia tidak terus dibebani dengan tekanan kos sara hidup dan dapat nikmati pulangan pendapatan yang setimpal – kerajaan melalui mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) kini bersepakat meluluskan cadangan Dasar Gaji Progresif, dan kertas putih ini akan dibentangkan dalam sidang khas di Parlimen pada September 2023 kelak.
Pentadbiran melihat dasar ini berupaya menyokong kemajuan negara dalam pasaran pekerja. Di mana peningkatan gaji yang lebih konsisten dan seimbang disasar dapat diraih melalui penerapan dasar gaji progresif yang bersifat sukarela ini.
Menurut kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dasar tersebut akan menjadi pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum dan akan disusuli garis panduan gaji progesif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan, dan peringkat. Mengikut tinjauan semasa, sekitar 62% pekerja dan 80% syarikat di negara menyambut baik usul Dasar Gaji Progresif ini.
Selanjutnya difahamkan sesi libat urus akan dilaksana bersama pemain industri, perniagaan dan pekerja dan kelak akan dikemukakan ke sidang Jemaah Menteri untuk perhalusi pendekatan pelaksanaan secara berperingkat bagi mencapai persetujuan insentif dasar.
Melalui usaha ini, Malaysia berupaya merealisasi matlamat meningkatkan semula peratusan pendapatan pekerja Malaysia dari 32.4% (2022) kepada 45% daripada jumlah keseluruhan pendapatan.
Setakat ini lebih 2 juta pekerja negara masih berepndapatan kurang daripada RM2,000 sebulan dan lebih membimbangkan golongan muda berusia 2–24 tahun mencatatkan paras gaji penengah sekitar RM1,682 sebulan.
Seperti yang dijanjikan, saya telah membentangkan kertas Dasar Gaji Progresif kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk kelulusan pagi ini.
Alhamdulillah, MTEN telah meluluskan cadangan ini dan akan disusuli dengan kertas putih yang akan dibentangkan dalam sidang… pic.twitter.com/3eL8kW0ywz
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) August 7, 2023
Dasar Gaji Progresif adalah sebuah sistem gaji yang membawa peralihan daripada model pemberian upah minimum kepada kenaiiakan gaji secara berkala dan berfasa. Aturan ini bertujuan untuk memastikan perolehan pendapatan pekerja negara setanding dengan pertumbuhan ekonomi negara tanpa dibebani dengan tekanan kos semasa.