Masalah gaji di Malaysia bukanlah suatu isu yang baharu, menyedari kepentingan jurang pendapatan yang sedang berlaku ketika ini – negara kini secara rasminya melancarkan pemaparan data Statistik Gaji di Malaysia untuk setiap 3 bulan, di bawah penerbitan Laporan Statistik Gaji dan Upah Pekerja Sektor Formal ST1 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) – bermula bulan Ogos ini.
Berdasarkan pelancaran sidang hari ini, data DOSM menunjukkan – untuk 3 bulan pertama tahun 2023 iaitu setakat Mac 2023 didapati 10.2% (657,900 pekerja) daripada 6.45 juta pekerja formal yang terdiri daripada rakyat Malaysia – meraih gaji di bawah paras minimum RM1,500. Sementara 50% pekerja formal negara lagi di bawah data penerima gaji penengah pula didapati menerima gaji bawah RM3,000 setakat Mac 2023.

Buat pengetahuan pekerja formal adalah merujuk kepada pekerja di Malaysia yang menerima gaji tetap di sektor awam mahupun swasta.
Meskipun perolehan gaji ini masih kekal rendah, kadar gaji penengah rakyat Malaysia dilihat kekal meningkat dengan positif secara bulanan, apabila bagi bulan Mac 2023 telah naik 8.3% kepada RM2,600 berbanding Februari 2023 (RM2,564) dan sedikit rendah berbanding Januari 2023 (RM2,800).

Pada aliran positif itu, bilangan pekerja formal di negara turut meningkat 0.9% dengan 2.10 juta pekerja adalah dalam sektor Pembinaan, Pembuatan, Perlombongan & Pengkuarian, dan Pertanian. Manakala 4.25 juta pekerja pula dalam sektor Perkhidmatan, Kewangan, Komunikasi, Hartanah. Secara menyeluruh gaji penengah pekerja formal di Malaysia kini adalah sekitar RM2,600, naik 8.3% dari tahun ke tahun.
