Untuk membolehkan operasi syarikat kekal berdaya saing, disamping mengukuhkan prestasi perniagaan teras – Astro Malaysia Bhd seiring dengan matlamat transformasi operasinya, kelak akan laksanakan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) ke atas kumpulan pekerja mereka secara sukarela.
Tawaran ini mengikut makluman kepada Bursa, secara langsung berupaya memulihkan kembali prestasi kewangan, serta mengurangkan tekanan perbelanjaan operasi.
Astro turut memperincikan perubahan mendadak dalam permintaan industri digital semasa – juga menjadi antara aspek memerlukan syarikat beri lebih tumpuan pada perniagaan teras mereka. Dengan menyesuaikan kedudukan operasi pada aliran semasa, supaya kekal relevan dan memperkasakan perolehan keuntungan operasi.
Pada langkah itu, difahamkan Astro juga telah menyediakan program peralihan untuk memberi sokongan kepada pekerja yang memilih tawaran VSS ini. Aturan tersebut termasuklah program bimbingan serta peningkatan kemahiran mereka untuk peralihan kerjaya kelak.
Susulan situasi itu, aturan ini telah diberi jaminan untuk tidak menjejaskan sebarang pengalaman pengguna pada perkhidmatan Astro.