Artikel

Penduduk Ipoh Disaran Amalkan Kitar Semula Minyak Masak, Jana Pendapatan 

Dalam pendekatan mengekalkan kelestarian alam sekitar, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kini menyeru semua penduduk untuk membudayakan amalan kitar semula minyak masak terpakai, selain dapat memberi nilai tambah pendapatan kepada mereka. Aturan ini sekaligus selari dengan usaha negara untuk merealisasikan rendah karbon menjelang 2030.

Inisiatif ini dapat diperkasakan dengan menyediakan pemasangan perangkap minyak di kediaman penduduk masing-masing.

Sebelum ini, pemerkasaan tersebut telah dilaksanakan ke atas permis restoran dan kedai makanan di kawasan bandaraya Ipoh sejak 2010 lagi. Pada langkah kempen terbaharu ini, sejumlah 53 metrik tan minyak telah berjaya dikumpulkan melibatkan penyertaan 1,400 premis. Kini usaha itu menurut MBI dilihat wajar diperluaskan kepada orang awam.

Bagi memacukan lagi usaha tersebut, MBI turut bercadang mewujudkan satu aplikasi untuk memudahkan semua pihak laksana amalan mengitar semula minyak masak ini. Di mana menerusi aplikasi ini disasar dapat memudahkan aturan pembayaran bersama pengguna bersama syarikat minyak terpakai yang berlesen.