Artikel

Harga Siling RON95, Diesel Masih Kekal – Tiada Perbincangan Untuk Turunkan

Rentetan terdapat makluman akan potensi berlakunya penurunan harga runcit bahan api RON95 dan Diesel – Kementerian Ekonomi menjelaskan ketika ini tiada sebarang tindakan tersebut akan dilaksanakan. 

Jelasnya pada perkongsian ketika sidang tinjauan bersama DOSM hari ini, pihak pentadbiran tidak pernah menyuarakan usul menurunkan RON95 dan diesel itu. Malah menurutnya langkah itu adalah tertakluk di bawah bidang Kementerian Kewangan (MOF) susulan ia membabitkan penggunaan subsidi bahan api. 

Setakat ini pelarasan RON95 di paras harga siling RM2.05/liter adalah sebahagian langkah negara untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan sebenar minyak mentah di pasaran global. Sementara harga diesel pula kekal ditetapkan paras RM2.15/liter.

Buat pengetahuan umum penetapan harga ini akan kekal sehingga 2 Ogos 2023 kelak berdasarkan penetapan harga runcit petroleum pada minggu ini. Penetapan ini untuk makluman adalah jauh lebih rendah berbanding harga pasaran sebenar yang lebih tinggi. 

Meskipun dimaklumkan tiada langkah pengurangan itu, MOF pada makluman sebelum ini terus komited memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan akan terus ambil pendekatan terbaik untuk memastikan kebajikan rakyat disesuaikan mengikut pasaran serta kekal diperlihara.