Artikel

PM Anwar Umum Bantuan Khas – Penjawat Awam Terima RM300, Pesara RM200

Berikutan pelarasan gaji dan elaun kakitangan awam masih sedang diteliti, pentadbiran negara kini memaklumkan akan menyalurkan bantuan khas penghargaan kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah berjumlah RM300.

Pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan ini, menjelaskan peruntukan tersebut akan diagihakan dalam tempoh 2  minggu dari sekarang. Selain penjawat awam, kumpulan pesara kerajaan termasuk termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen pula dimaklumkan akan menerima sejumlah RM200.

Menerusi aturan ini, dijangka sekitar 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak akan meranih manfaat tersebut.