Memahami kekangan kos yang kian meningkat, untuk peringkat awal – pengenalan jualang daging Rahmah pada harga RM27 bagi setiap kilogram daging lembu tempatan kini mula tersedia melalui Jualan Rahmah dan Jualan Rahmah bergerak di pasaran 3 negeri utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Penawaran harga daging segar yang dilihat jauh lebih rendah berbanding harga pasaran semasa ini disokong oleh syarikat ternakan Kaisar Farm.
Di mana penawaran diskaun 15% telah dicapai bersama pihak pengeluaran dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut meningkatkan sokongan itu dengan menambah 15% tanggungan subsidi. Maka penetapan harga daging segar RM27 sekilogram dapat diraih untuk para pengguna.
Setakat ini, mengikut harga pasaran perolehan daging sedemikian berupaya mencecah sekitar RM38 hingga RM41 sekilogram.
Melihat pada potensi yang baik ini, KPDN memiliki rancangan untuk meluaskan penawaran tersebut di seluruh Semenanjung secara berperingkat.